Salam.
Keriangan jelas terpancar di setiap wajah warga SMS Kubang Pasu apabila bersama-sama berganding bahu dalam satu majlis yang julung kali diadakan seusia hampir 3 tahun SMSKP dibuka.
Amali Sembelihan yang diadakan 25 Julai 2011 yang lalu. adalah program anjuran Panitia Pendidikan Islam. Ianya melibatkan sejumlah 97 orang pelajar-pelajar lelaki dari tingkatan 4 dan 5. Mereka dipertanggungjawabkan untuk menyembelih 98 ekor ayam dengan sepenuhnya mematuhi tuntutan syarak.
Peluang keemasan ini dilihat sangat penting bagi mereka untuk keluar dalam bergaul dalam kelompok masyarakat setempat atau masyarakat di tempat tinggal mereka. Pengetahuan sebegini diharapkan dapat memberikan mereka nilai tambah dan sedikit kelebihan berbanding orang lain.
Program dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Ketua Panitia Pendidikan Islam Mohd Yusfadzillah Mohd Yusoff selaku penyelaras program tentang tatacara dan pematuhan dalam penyembelihan halal secara Islam.
Amali sembelihan dimulakan dengan 'penyembelihan perasmian' dari Tuan Pengetua Cemerlang SMSKP Tuan Haji Ismail Ibrahim yang sudi melapangkan masa merasmikan program ini sebelumnya , walaupun pada masa yang sama terpaksa menghadiri mesyuarat di PPDKP.
Kemeriahan majlis disusuli pula dengan acara makan durian, rambutan dan buah jentik dan paling mengujakan berjaya 'mengendalikan' seekor lembu untuk menjadi santapan tengahari warga SMSKP.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga SMSKP yang terlibat secara langsungg dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Syukran jazilan!
![]() |
taklimat oleh penyelaras amali sembelihan |
![]() |
fruits fiesta |
![]() |
guru2 dan pelajar2 berganding bahu menyiapkan bahan juadah |
![]() |
mengelas ayam yang sah dan tidak |
![]() |
lembu yang 'direbahkan' akhirnya menjadi sup |
![]() |
penyembelihan perasmian oleh Tuan Pengetua |
![]() | ||||||
guru2 menikmati juadah |