persatuan agama islam

sm sains kubang pasu bt 19 jalan kodiang 06000 jitra kedah

Pelancaran Ihyak Ramadhan SMSKP 2010

Salam.

Pelancaran Program Ihyak Ramadhan peringkat sekolah telah diadakan semalam, jam 8.00 pagi di Surau SMSKP. Walaupun terdapat sedikit kesulitan diawal program, namun ianya tidak merencatkan apa yang telah direncanakan. 

Bahkan ianya boleh danggap satu detik bersejarah untuk Panitia Pendidikan Islam khasnya dan SMSKP amnya dalam melaksanakan tanggungjawab membina minda dan jiwa yang lebih Islamik. Dengan memperkenalkan deretan program sebelum ini dan disusuli pula dengan program  penuh makna di sepanjang Ramadhan al-Mubarak ini. Semoga semua warga SMSKP dapat menghayatinya dengan penuh hemah dan hikmah. Insyaallah!

Perasmian program ini dimulakan dengan ucapan penghargaan dan pengharapan dari Ketua Panitia Pendidikan Islam SMSKP Ustaz Mohd Yusfadzillah bin Mohd Yusoff dan disempurnakan pelaksanakan perasmian dengan jayanya oleh Tuan Pengetua Tuan Hj Ismail bin Ibrahim AMN. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan betapa pentingnya individu itu sentiasa berakhlak mulia dalam menjalani penghidupan seharian. 

Antara program yang dilancarkan sepanjang bulan ini :
  1. Tadarrus al-Quran
  2. Nilam al-Quran
  3. Tulisan Khat Kreatif
  4. Infak Ramadhan
  5. Nuzul al-Quran
  6. Majlis Khatam al-Quran 
  7. Iftar Jamai`ie
Tahniah dan syabas kepada seluruh warga kerja, jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam dan BADAR SMSKP atas usaha yang dicurahkan. Semoga mendapat kurniaan dan ganjaran setimpal dari yang Esa.Insyaallah.

Mufti lain tak wajar ulas ESQ

Berita Harian Online : 2010/08/12

KUALA LUMPUR: Mufti di negeri lain sepatutnya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung status ESQ sebelum perkara itu dibincangkan dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak di negeri masing-masing, kata Mufti Wilayah, Datuk Wan Zahidi Wan Teh.


Sambil mempertahankan fatwa ESQ yang sudah diputuskan, beliau berkata, ini kerana jika mufti menyatakan pendiriannya terhadap isu itu tanpa merujuk kepada jawatankuasa berkenaan ia akan menimbulkan persoalan apakah peranan sebenar jawatankuasa yang diwujudkan. 

Apakah peranannya sebagai `rubber stamp saja kepada mufti? Apabila berbicara mengenai fatwa, maka ia membabitkan hukum Islam yang pada asasnya merujuk kepada hukum taklifi yang lima.  Dalam hukum taklifi (yang menjelaskan mengenai perintah wajib, haram, makruh, harus, dan sunat) yang lima ini ada aulawiyat atau keutamaan.


Kemudian di sana ada undang-undang, iaitu sama ada akta atau enakmen dan selepas ini baru boleh membicarakan mengenai sesuatu yang baik seperti penyelarasan, katanya dalam kenyataan yang dipetik melalui laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di http://www.muftiwp.gov.my, semalam.

Katanya, kenyataan bahawa mufti di negeri lain menghalalkannya adalah tidak tepat kerana mufti setiap negeri perlu membawa perkara yang hendak difatwakan kepada Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak terlebih dulu.


Beliau berkata, kenyataan yang tepat berhubung dengan isu ESQ ialah negeri lain belum mengeluarkan fatwa sama ada membenarkannya atau melarang.


Selepas ESQ diharamkan di Wilayah Persekutuan pada 10 Jun lalu, pengurusan ESQ memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan kebenaran untuk membuat semakan kehakiman berhubung fatwa oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang mengharamkan modul motivasi anjurannya.


Kelmarin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan ESQ bagi mendapatkan permohonan semakan semula dan memutuskan isu berkaitan pertikaian fatwa hanya boleh didengar dan diputuskan di mahkamah syariah.


Sementara itu, Pengurus Besar ESQ Leadership Center Sdn Bhd (ESQ), Marhaini Yusof ketika diminta mengulas keputusan mahkamah, berkata beliau menghormati apa juga keputusan ditetapkan mahkamah berhubung perkara itu.

Salam Ramadhan


Salam

Seluruh Ahli Jawatankuasa Persatuan Agama Islam SM Sains Kubang Pasu merakamkan ucapan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua warga SM Sains Kubang Pasu amnya dan seluruh ummat Islam. Sama-sama meraikan bulan yang penuh barakah ini. Semoga kita sentiasa berada dalam golongan yang sentiasa beruntung. 
Insyaallah!

Perjumpaan ke 9

Salam.

Kali ini setiapcahli-ahli persatuan dikehendaki menulis satu artikel yang bertajuk : "Mengakhiri Syaaban dan Memulakan Ramadhan" di bawah aktiviti "Penulisan Kreatif".

Syaratnya cukup mudah. Ahli-ahli bebas memilih corak penulisan yang mahu dipersembahkan samada berbentuk cerpen, penulisan kreatif, sajak, syarahan dan lain-lain bentuk penulisan yang munasabah.

Alhamdulillah, dalam tempoh tak lebih dari 2 jam para ahli telah berjaya menampilkan satu hasil penulisan yang cukup membanggakan. 

Matlamat utama aktiviti ini talah berjaya dicapai, iaitu mencungkil bakat penulisan dan pengetahuan mereka tentang bulan-bulan dalam Islam (terutamanya bulan Syaaban dan Ramadhan). Tahniah dan syabas!

(hasil penulisan akan diuploadkan kemudian)

Wassalam.