persatuan agama islam

sm sains kubang pasu bt 19 jalan kodiang 06000 jitra kedah

Sabutan Maulidurrasul SMSKP 1432 H

Salam.

Pada Khamis 17 Februari yang lalu, bermula jam 8.00 malam bersempena dengan Minggu Kerohanian Islam 2011 ,  Panitia Pendidikan Islam SMSKP telah menganjurkan Sambutan Maulidurrasul 2011.

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Tuan Pengetua, Penolong-Penolong Kanan, Guru-guru Kanan dan sebahagian guru-guru SMSKP serta kesemua pelajar SMSKP (kecuali pelajar tingkatan 3 yang terlibat dengan program motivasi).

Sambutan ini diisi dengan acara perarakan, pertandingan banner, selawat dan ceramah Maulidurrasul. Ianya bermula di Dataran Asrama dengan para pelajar berhimpun untuk memulakan perarakan dan berakhir di Dewan Bitara diringi dengan alunan selawat ke atas junjungan besar Rasulullah SAW.

Kemuncak sambutan pada malam ini ialah ceramah Maulidurrasul yang di sampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Mohamad Noor bin Salleh dari Perlis.





Minggu Kerohanian SMSKP

Salam.

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama BADAR telah menganjurkan program pertama pada tahun ini iaitu Minggu Kerohanian SMKP. Pada tahun 2011 ini Minggu Kerohanian telah diisi dengan program-program yang berorientasikan pertandingan.

Program ini dikhususkan dan dinamakan Ihtifal Kesenian Islam. Ini adalah bertujuan untuk menepati perancangan panitia sebagai langkah persedian untuk menghadapi pertandingan peringkat zon dan daerah (dijangka Mac nanti) disamping mengenalpasti bakat-bakat yang ada pada para pelajar untuk mewakili sekolah.

Program ini telah selamat dan jayanya dilancarkan oleh Tuan Haji Ismail bin Ibrahim  Pengetua Cemerlang SMSKP pada Ahad yang lepas (13 Februari). Ihtifal Kesenian Islam 2011 menawarkan 11 pertandingan iaitu azan, tulisan jawi, khat, kuiz Maulidurrasul, tilawah al-Quran, sajak, marhaban, hafazan, nasyid, syarahan, perarakan Maulidurrasul dan pertandingan banner ini akan berlangsung selama seminggu bermula 13 hingga 17 Februari.

Diharap para pelajar mengambil peluang melibatkan diri dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan.

Wassalam



BANNER DENGAN MOTTO "MELAHIRKAN MUJADDID SYUMUL"


GIMIK PERASMIAN OLEH TUAN PENGETUA


PROMO PERTANDINGAN SAJAK


PROMO PERTANDINGAN MARHABAN


PROMO AZAN


PENGGERAK DI BELAKANG TABIR