persatuan agama islam

sm sains kubang pasu bt 19 jalan kodiang 06000 jitra kedah

Salam Eid Mubarak


Majlis Penutupan Ihyak Ramadhan 1432 H / 2011

Salam.

Majlis yang diadakan di Dewan Bitara SMSKP ini adalah kelangsungan dari program-program yang telah dijalankan oleh Panitia Pendidikan Islam dan BADAR sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak 1432 H / 2011 iaitu Solat Terawih, Qiamullail Perdana, Tadarrus al-Quran, Ceramah Nuzul al-Quran, Pertandingan Tulisan Khat, Nasyid, Sajak dan Infak Ramadhan..

Majlis telah dirasmikan dengan jayanya oleh Tuan Pengetua Cemerlang SMSKP, Tuan Haji Ismail bin Ibrahim yang berpesan supaya sentiasa istiqamah dengan amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan walaupun berada di bulan-bulan Islam yang lain.

Bacaan al-Quran (al-Insan ayat 1-11) dari saudara Mohd Sawfan (BADAR) sebagai pembuka majlis. Seterusnya warga SMSKP bersama-sama menghayati bacaan al-Quran (Juz 'Amma) dalam slot Khatam al-Quran oleh 15 ahli BADAR.

Klimaks majlis ini diserikan lagi dengan penyampaian Infak Ramadhan kepada para pelajar yatim, miskin dan kurang berkemampuan, termasuk juga sumbangan kepada staff (pekerja swasta) SMSKP. Semoga dapat memberikan sedikit keceriaan menyambut lebaran nanti.

Terima kasih kepada semua penyumbang (kontraktor dewan makan, guru-guru, pelajar dan orang persEorangan). Semoga jasa diberkati Allah SWT.

Majlis ditamatkan dengan para pelajar berpeluang bersalam-salaman memohon kemaafaan dari guru-guru sebelum memulakan cuti persekolahan masing-masing. 
Selamat meneruskan ibadat berpuasa dan Selamat Hari Raya. Kullu'am wa antu bikhair!

Salam Ramadhan

Amali Sembelihan dan Majlis Tautan Mahabbah 2011

Salam.

Keriangan jelas terpancar di setiap wajah warga SMS Kubang Pasu apabila bersama-sama berganding bahu dalam satu majlis yang julung kali diadakan seusia hampir 3 tahun SMSKP dibuka.

Amali Sembelihan yang diadakan 25 Julai 2011 yang lalu. adalah program anjuran Panitia Pendidikan Islam. Ianya melibatkan sejumlah 97 orang pelajar-pelajar lelaki dari tingkatan 4 dan 5. Mereka dipertanggungjawabkan untuk menyembelih 98 ekor ayam dengan sepenuhnya mematuhi tuntutan syarak. 

Peluang keemasan ini dilihat sangat penting bagi mereka untuk keluar dalam bergaul dalam kelompok masyarakat setempat atau masyarakat di tempat tinggal mereka. Pengetahuan sebegini diharapkan dapat memberikan mereka nilai tambah dan sedikit kelebihan berbanding orang lain.

Program dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Ketua Panitia Pendidikan Islam Mohd Yusfadzillah Mohd Yusoff selaku penyelaras program tentang tatacara dan pematuhan dalam penyembelihan halal secara Islam.

Amali sembelihan dimulakan dengan 'penyembelihan perasmian' dari Tuan Pengetua Cemerlang SMSKP Tuan Haji Ismail Ibrahim yang sudi melapangkan masa  merasmikan program ini sebelumnya , walaupun pada masa yang sama terpaksa menghadiri mesyuarat di PPDKP.

Kemeriahan majlis disusuli pula dengan acara makan durian, rambutan dan buah jentik dan paling mengujakan berjaya 'mengendalikan' seekor lembu untuk menjadi santapan tengahari warga SMSKP.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga SMSKP yang terlibat secara langsungg dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Syukran jazilan!

taklimat oleh penyelaras amali sembelihan
fruits fiesta

guru2 dan pelajar2 berganding bahu menyiapkan bahan juadah

mengelas ayam yang sah dan tidak
lembu yang 'direbahkan' akhirnya menjadi sup
penyembelihan perasmian oleh Tuan Pengetua

guru2 menikmati juadah








Salam

Alhamdulillah selepas berjaya di peringkat PKG tempoh hari pasukan Nasyid sekolah, perserta Hafazan  lelaki dan Tilawah lelaki dan Syarahan perempuan mengadu nasib di peringkat daerah yang diadakan di SMK Ayer Hitam pada 2.4.2011 yang lalu.

Di sinilah peserta-peserta SMSKP (yang mewakili PKG Kodiang) dilihat menempuh suasana pertandingan sebenar di mana boleh diibaratkan mereka bertemu buku dengan ruas.

Dengan 4 acara yang disertai, hasrat kami panitia Agama Islam SMSKP pada tahun 2011 ini sangat tinggi iaitu mengatasi pencapaian pada tahun lepas dengan sekurang-kurang menjadi Naib Johan. Walaupun begitu pencapaian pada tahun ini tidak menepati hasrat dan keinginan para guru dan muridnya, Allah Maha Berkuasa atas segalanya.

Sekalung TAHNIAH kepada 
  1. Muhammad Aminuddin bin Che Omar (Naib Johan Ujian Hafazan Lelaki)
  2. Mohd Arifkamil bin Omar (Naib Johan Ujian Tilawah Lelaki) 
  3. Kumpulan Nasyid Subulussalam (Ketiga) 
di atas pencapaian yang membanggakan nama sekolah dan PKG.

Karnival Pendidikan Islam PKG Kodiang 2011/1432

Salam.

Acara tahunan PKG pada kali ini julung kalinya diadakan di SMSKP pada 24 Mac 2011 yang lalu. Sebagai tuan rumah dan berstatus SBP pula, ianya sedikit memberi tekanan kepada GPI SMSKP dan para pelajar (peserta) untuk merealisasikan impian sekolah, iaitu mengekalkan piala pusingan Johan PKG Kodiang di SMSKP.

Alhamdulillah apabila keputusan diumumkan SMSKP berjaya mengekalkan prestasi pada tahun lepas dengan menjadi Johan dalam 4 acara (Tilawah (L), Syarahan (P), Hafazan (L), Nasyid : Naib Johan 1 acara (Syarahan (L) dan Ketiga 1 acara TTilawah (P) .

Tahniah buat semua warga SMSKP.

KEPUTUSAN PENUH :

TILAWAH (L)
  1. MOHD ARIFKAMIL OMAR - SMSKP
  2. MOHD AL-AMIN AH.ZAILANI - SMKMD
  3. MOHD HAMIRUN RODZI - SMKTB

TILAWAH (P)
  1. SITI NUR YUSRA ABDUL RAHMAN - SMKTB
  2. AMIRA HUSNI MOHD SYUKRI - SMKMD
  3. NURUL NAJLA' MUHAMMAD ASSRI - SMSKP

HAFAZAN (L)
  1. MUHAMMAD AMINUDDIN CHE OMAR -SMSKP
  2. MOHD KHAIRUL IFWAT JAMRI - SMKMD
  3. MOHD FIRDAUS MOHAMAD - SMKBBBKH

HAFAZAN (P)
  1. NUR FARAHIM ABD RAHIM - SMKTB
  2. NABILA BASER - SMKBBS
  3. NOR DALILA ISMAIL - SMKMD

SYARAHAN (L)
  1. MUHAMMAD HAKIMIN SHAFIE - SMKBBS
  2. MUHAMMAD SYAHRUL ASYRAF MD ROPI - SMSKP
  3. BAZLISHAH IZZAT BAHARI - SMKMD

SYARAHAN (P)
  1. NUR AFZAN IZZANI AZHAR - SMSKP
  2. NUR AFINI MOHD LATFEE - SMKBBS
  3. NOR ATIKA REJAB - SMKBBBKH

NASYID
  1. SUBULUSSALAM - SMSKP
  2. AL-KAUTHAR - SMKBBS
  3. AL-FIRDAUSI - SMKTB

Selamat berjuang diperingkat daerah 2 April ini di SMK Ayer Hitam. Semoga Berjaya.

Sabutan Maulidurrasul SMSKP 1432 H

Salam.

Pada Khamis 17 Februari yang lalu, bermula jam 8.00 malam bersempena dengan Minggu Kerohanian Islam 2011 ,  Panitia Pendidikan Islam SMSKP telah menganjurkan Sambutan Maulidurrasul 2011.

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Tuan Pengetua, Penolong-Penolong Kanan, Guru-guru Kanan dan sebahagian guru-guru SMSKP serta kesemua pelajar SMSKP (kecuali pelajar tingkatan 3 yang terlibat dengan program motivasi).

Sambutan ini diisi dengan acara perarakan, pertandingan banner, selawat dan ceramah Maulidurrasul. Ianya bermula di Dataran Asrama dengan para pelajar berhimpun untuk memulakan perarakan dan berakhir di Dewan Bitara diringi dengan alunan selawat ke atas junjungan besar Rasulullah SAW.

Kemuncak sambutan pada malam ini ialah ceramah Maulidurrasul yang di sampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Mohamad Noor bin Salleh dari Perlis.





Minggu Kerohanian SMSKP

Salam.

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama BADAR telah menganjurkan program pertama pada tahun ini iaitu Minggu Kerohanian SMKP. Pada tahun 2011 ini Minggu Kerohanian telah diisi dengan program-program yang berorientasikan pertandingan.

Program ini dikhususkan dan dinamakan Ihtifal Kesenian Islam. Ini adalah bertujuan untuk menepati perancangan panitia sebagai langkah persedian untuk menghadapi pertandingan peringkat zon dan daerah (dijangka Mac nanti) disamping mengenalpasti bakat-bakat yang ada pada para pelajar untuk mewakili sekolah.

Program ini telah selamat dan jayanya dilancarkan oleh Tuan Haji Ismail bin Ibrahim  Pengetua Cemerlang SMSKP pada Ahad yang lepas (13 Februari). Ihtifal Kesenian Islam 2011 menawarkan 11 pertandingan iaitu azan, tulisan jawi, khat, kuiz Maulidurrasul, tilawah al-Quran, sajak, marhaban, hafazan, nasyid, syarahan, perarakan Maulidurrasul dan pertandingan banner ini akan berlangsung selama seminggu bermula 13 hingga 17 Februari.

Diharap para pelajar mengambil peluang melibatkan diri dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan.

Wassalam



BANNER DENGAN MOTTO "MELAHIRKAN MUJADDID SYUMUL"


GIMIK PERASMIAN OLEH TUAN PENGETUA


PROMO PERTANDINGAN SAJAK


PROMO PERTANDINGAN MARHABAN


PROMO AZAN


PENGGERAK DI BELAKANG TABIR