persatuan agama islam

sm sains kubang pasu bt 19 jalan kodiang 06000 jitra kedah

Jawatankuasa Baru Sesi 2010/2011

Salam. TAHNIAH

Jawatankuasa 2010/2011

Ketua Guru Penasihat
Ustaz Mohd Yusfadzillah bin Mohd Yusoff

Guru Penasihat
Ustazah Nor Halizan bt Zakaria
Ustazah Noor Azura bt Md Hassan

Pengerusi
`Usmar Aiman b. Azhar (4 Fikir)

Naib
Pengerusi
Sakinah bt Musa (4 Juara)


Setiausaha

Nor Syafiqah bt Salleh (4 Juara)

Penolong Setiausaha
Amirul Eqhwan b. Rahim (4 Nekad)

Bendahari
Ahmad Irfan b. Oslan (4 Fikir)

Naib Bendahari
Nor Athira bt Muntaha (4 Waja)

Ahli Jawatankuasa
Muhammad Ammar b. Muhammad Napiah (4 Juara)
Nur Haziyah bt. Mohamad Razali (4 mahir)
Mohd. Wafiuddin b. Mohd Zawawi (2 fikir)
Nur Fitri bt Mohd Rashid (2 Juara)
Megat Rafi Ariff b. Megat Rhymie (1 Waja)
Darwisyah bt Mohd Zahir (1 Nekad)


Selamat Menjalankan Tugas. Semoga sentiasa Istiqamah.

Mesyuarat Agong 2

Mesyuarat Agong 2 Persatuan Pendidikan Islam SMSKP

Tarikh : 14 Julai 2010
Masa : 3.00 ptg
Tempat 5 Waja

Agenda :

  1. Ucapan Pengerusi
  2. Ucapan Ketua Guru Penasihat
  3. Mengesahkan Minit Mesyuarat lalu
  4. Perkara Berbangkit
  5. Laporan Aktiviti oleh Setiusaha
  6. Laporan Penyata Kewangan oleh Bendahari
  7. Bahas usul
  8. Pembubaran AJK Lama 2010
  9. Pelantikan AJK Baru 2010/2011
  10. Ucapan Dasar Pengerusi Baru
  11. Hal-hal Lain.
p/s : terima kasih kepada AJK lama yang redha mengorbankan masa dan tenaga memajukan Persatuan Agama Islam dan tahniah kepada bangkatan AJK yang baru dilantik. semoga dapat menerajui persatuan dengan lebih jaya dan sistematik.

ESQ Dibenarkan

Jawatankuasa Fatwa benarkan kursus ESQ Leadership


PUTRAJAYA 14 Julai – Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan kursus ESQ Leadership Training boleh dilaksanakan di Malaysia.
Pengerusi jawatankuasa itu, Tan Sri Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, bagaimanapun ia harus dilaksanakan di bawah pengawasan sepenuhnya oleh panel syariah ESQ yang direstui Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).
Katanya, keputusan itu dibuat setelah muzakarah yang bersidang pada 16 Jun lalu berpuas hati dan berpandangan bahawa kebanyakan unsur keraguan dalam kursus itu boleh diperbetul dan diperjelaskan. – Utusan

Forum Israk Mikraj 2010

Salam.

Penganjuran kali ini lain dari yang lain. Biasanya penceramah jemputan atau ahli forum dari luar dijemput untuk menjayakan satu-satu program yang dirancang. Namun pada kali ini para pelajar sendiri yang terliibat dalam menjayakan Forum Israk dan Mikraj peringkat sekolah pada tahun 2010/ 1431 Hijriyyah kali ini. 

Kesungguhan pelajar untuk manaakul isi-isi penting dan 'pengetahuan' yang mendalam tentang rasionalisasi peristiwa Israk dan Mikraj dalam kontek kehidupan nyata di alam dunia pada hari ini.sekaligus memerlukan mereka melakukan homework untuk menghadapi audien boleh dipuji.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada ahli panel yang terlibat iaitu saudara Tahriri, Fauzan dan saudari Afzan Izani serta saudara Sufi sebagai moderator melangsungkan lagi forum ini walaupun menghadapi banyak halangan pada awal permulaan program. Syabas sekali lagi.

Ahli-ali Panel yang terlibat Sufi-moderator, Fauzan, Tahriri & Afzan Izani
Sebahagian pelajar wanita
Barisan jemaah lelaki
Semua persediaan dilakukan oleh pelajar

Wassalam.

IPOH 9 Julai - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan, modul program motivasi anjuran ESQ Leadership Centre Sdn. Bhd. tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam.

Malah, menurut beliau, program tersebut juga tiada kena mengena dengan fahaman liberalisme atau pluralisme seperti didakwa.

"Dalam Persidangan Muzakarah Fatwa Kebangsaan melibatkan mufti-mufti seluruh negara yang bersidang tiga kali sebelum ini, telah membincangkan secara terperinci tentang isu ESQ ini.

"Kita telah memanggil pengasas program, Dr. Ary Ginajar Agustin, seorang warga Indonesia dan berdialog menjelaskan beberapa perkara yang kurang jelas dan mendapati berlaku perbezaan bahasa dalam buku yang ditulis," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, mesyuarat terakhir pada 16 Jun itu kemudian memutuskan bahawa ESQ tidak bertentangan dengan syariah dan tidak membawa unsur-unsur kesesatan kepada umat Islam.

Mengulas tindakan Wilayah Persekutuan mewartakan fatwa bahawa ESQ mengandungi ajaran yang menyeleweng daripada ajaran Islam, Harussani berkata, terpulang kepada pihak berkenaan untuk membuat keputusannya.

"Tetapi kita telah berpuas hati dengan penjelasan bahawa program ini baik untuk diteruskan kerana tidak bertentangan malah tiada kaitan dengan fahaman liberalisme dan pluralisme," katanya. Jelas beliau, persidangan muzakarah yang diadakan tersebut juga telah melantik beberapa bekas bekas mufti sebagai panel syariah.

"Jadi mesyuarat terakhir yang diadakan itu memutuskan bahawa ESQ tidak bertentangan dengan akidah, syariah dan tidak ada unsur-unsur yang membawa kesesatan," katanya.

Beliau berkata, beberapa mufti juga telah diminta ke Indonesia untuk bertemu dengan ulama negara berkenaan bagi mendapatkan pandangan sebelum mengambil keputusan muktamad itu.

"Mereka (ulama Indonesia) mengatakan usaha ini baik dan wajar diteruskan malah turut mendapat perakuan Majlis Ulama Indonesia daripada Nahdatul Ulama dan Muhammadiyah," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak mempunyai halangan untuk meneruskan program tersebut di negeri ini selagi ia tidak bertentangan dengan akidah dan syariat.

"Kita akan sentiasa merujuk kepada mufti (Harussani) dalam urusan berkaitan dengan kepentingan Islam kerana beliau lebih mengetahui hal-hal berkaitan agama," katanya. 

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjelaskan, fatwa mengenai penyelewengan ajaran dan fahaman yang dibawa oleh syarikat itu hanya terhad di Wilayah Persekutuan.

- Utusan

ESQ Haram



KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengharamkan modul program motivasi anjuran ESQ Leadership Center Sdn Bhd (ESQ)

yang sudah disertai lebih 65,000 orang termasuk orang kenamaan, tokoh agama dan korporat serta pegawai kerajaan kerana ajarannya didapati menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam.
Muftinya, Datuk Wan Zahidi Wan Teh, menandatangani warta yang mengharamkan modul program motivasi itu pada 10 Jun lalu mengikut subseksyen 34 (1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1953, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak.

Mengikut warta yang dikeluarkan laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada 17 Jun lalu, program ESQ yang diasaskan warga Indonesia, Ary Ginanjar Agustin, diharamkan kerana mendukung fahaman liberalisme, iaitu memahami atau mentafsir nas agama (al-Quran dan sunnah) dan fahaman pluralisme yang mengajar semua agama adalah sama. Mengikut warta itu, kedua-dua fahaman itu adalah sesat dan membawa kepada kekufuran.

Ciri penyelewengan lain adalah;
•Mendakwa semua nabi mencapai kebenaran melalui pengalaman dan pencarian;
•Menyamakan bacaan al-Fatihah sebanyak 17 kali sehari oleh orang Islam dengan amalan Bushido oleh orang Jepun yang berteraskan ajaran Bud-dha;
•Mencampuradukkan ajaran kerohanian bukan Islam dan Islam;
•Menekankan konsep suara hati sebagai sumber rujukan utama dalam menentukan baik atau buruk sesuatu perbuatan;
•Mentafsirkan makna kalimah syahadah dengan triple one. Ini adalah tafsiran bidaah dan sesat; dan
•Mengingkari mukjizat dan menganggapnya tidak dapat diterima akal dan tidak sesuai dengan zaman sekarang yang serba logik.

Menurut warta itu, dakwaan semua nabi mencapai kebenaran melalui pengalaman dan pencarian bercanggah dengan akidah Islam mengenai nabi dan rasul. Mengikut akidah ahli Sunnah Wal Jamaah, kenabian dan kerasulan adalah pilihan Allah SWT semata-mata dan bukan sesuatu yang boleh diusahakan, manakala konsep suara hati adalah ajaran paling suci dalam agama Kristian.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir ketika diminta mengulas perkara itu berkata, kerajaan melalui agensinya kini memantau program berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan.

Sehingga kini hanya Wilayah Persekutuan mengeluarkan fatwa itu dan negeri lain belum membuat sebarang tindakan. Bagaimanapun, pihak yang bertanggungjawab seperti mufti dan Jakim akan membuat siasatan terhadap syarikat ini, katanya ketika ditemui selepas meninjau tapak projek surau Kampung Limau, Pantai Dalam dan tapak cadangan Masjid Tun Rahah, Kerinci, semalam.

disunting daripada sumber: Berita Harian